The Haqqani Fellowship

Seorang ulama’ besar, Imam Abdul Hamid Quds r.a, Mufti dan Imam Masjidil Haram Makkah pada awal abad ke-20 dalam bukunya, ‘Kanzun Najah was Suraarfi Fadhail al-Azmina wasy-Syuhaar’ mengatakan, “Ramai Awliya’ Allah swt yang mempunyai pengetahuan spiritual telah menandakan bahawa pda setiap tahun, 320 000 penderitaan (Baliyyat) jatuh ke bumi pada hari rabu terakhir Bulan Safar.” Hari ini dianggap sebagai hari yang sangat berat dibandingkan dengan hari-hari yang lain di sepanjang tahun. Beberapa ulama’ menyatakan bahawa ayat al-Quran-“Yauma Nahsin Mustamir”- yang bermaksud, “Hari berlanjutnya alamat yang buruk” adalah merujuk kepada hari ini (rabu terakhir Bulan Safar).

Untuk melindungi diri dari kutukan, sumpahan dan bala yang jatuh ke bumi pada hari tersebut (rabu terakhir di Bulan Safar), diajarkan kepada kita untuk melakukan solat sunat Nawafil 4 rakaat. Setelah membaca Surah al-Fatihah pada setiap rakaat, hendaklah membaca Surah al-Kautsar sebanyak 17 kali, diikuti Surah al-Ikhlas sebanyak 5 kali, dilanjutkan dengan Surah al-Falaq dan Surah an-Nas sekali.

Setelah selesai menunaikan solat sunat Nawafil, panjatkanlah doa memohon perlindungan kepada Allah swt daripada segala kutukan dan bala bencana yang jatuh ke bumi pada hari tersebut. Doanya adalah seperti berikut:

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Allahumma Ya Syadidal Quwa, Wa Ya Syadidal Mihal, Ya ‘Aziz, Ya Man Zallat Li ‘Izzatika Jamii’a Khaliqika, Ikfini Min Syarri Jamii’i Khaliqika, Ya Muhsinu, Ya Mujmilu, Ya Mufadh-Dhilu, Ya Mun-i’-mu, Ya Mukrimu, Ya Man La Ilaha Illa Anta, Arhamni Bi Rahmatika Ya Arhamar Rahimin.

Allahumma Bi Sirril Hasani Wa Akhihi, Wa Jaddihi Wa Abihi, Wa Ummihi Wa Banihi, Ikfini Syarra Haadzal Yaumi Wa Ma Yanzilu Fiih.

Ya Kafiyal Muhimmat Wa Ya Daafi-al-Baliyyat, Fa Sayakfiika Humullahu Wa Huwa Sami’ul ‘Alim, Wa Hasbuna Allahu Wa Ni’mal Wakiil Wa La Hawla Wa La Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azhim.

Wa Shallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wa Shahbihi Wa Sallam. Amin.

Selain Awrad (Rangkain Wirid) harian, diajarkan juga pada setiap hari di Bulan Safar untuk melakukan Awrad seperti berikut:

• Syahadatain 3 kali

• Istighfar 300 kali

• Memperbanyakkan bersedekah atau bekorban

Awrad yang diajarkan ini berfungsi sebagai perlindungan terhadap 70 000 bala yang dijatuhkan kepada umat manusia pada bulan ini. Maulana Syaikh Nazim al-Haqqani q.s. juga berpesan supaya berhati-hati terhadap masalah dan kesulitan yang terjadi pada hari rabu terakhir Bulan Safar.

Views: 250

Comment

You need to be a member of The Haqqani Fellowship to add comments!

Join The Haqqani Fellowship

Shah Naqshband on Fellowship

The Imam of the Naqshbandi Order said, "طريقتنا الصحبة والخير في الجمعية - Tariqatuna as-suhbah wa 'l-khayru fi 'l- jam`iyyah" - “Our way is fellowship, and the goodness is in the gathering”.

Definition of Fellowship:

1. The companionship of individuals in a pleasant atmosphere.

2. A close association of friends sharing similar interests.

Islamic Calendar


Sufi Live Broadcast Status

SufiLive.com live broadcast status

Badge

Loading…

© 2014   Created by Sons of Habibi.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service